fbpx
HARGA emas diramalkan boleh melonjak sehingga RM300 segram pada tahun ini. – GAMBAR HIASAN

Emas dijangka naik RM300 segram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Harga emas diramalkan boleh mencecah sehingga AS$2,000 (RM8,414) satu auns atau 28.35 gram pada tahun ini. Ini bermakna, 1 gram berharga RM296.

Pengurus Besar MS Gold Crafts Industries Sdn. Bhd. (MS Gold Crafts), Eric Leong memberi­tahu, ramalan itu walaupun hanya jangkaan berdasarkan si­tuasi pada masa hadapan, namun boleh berlaku.

“Harga emas boleh mencecah sehingga AS$2,000 satu auns, tetapi mungkin juga antara AS$1,900 (RM7,994) hingga AS$1,950 (RM8,204) satu auns.

“Jangkaan ini berdasarkan laporan inflasi yang tinggi di Amerika Syarikat (AS). Kadar inflasi bertentangan dengan harga emas. Inflasi tinggi menyebabkan harga emas naik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

ERIC

Eric berkata, ramalan kenaikan harga emas sehingga AS$2,000 satu auns pada tahun ini turut didorong dengan kewujudan varian baharu Omicron yang memberi kesan terhadap harga logam itu.

Menurutnya, harga emas mencapai nilai tertinggi ketika pandemik Covid-19 iaitu AS$2,069 (RM8,705) satu auns pada 6 Ogos 2020 dan harganya kekal stabil sekitar AS$1,805 (RM7,594) satu auns sejak dua bulan lalu.

Justeru, beliau bersetuju de­ngan pandangan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat pelaburan emas dalam bentuk bar atau barang kemas kerana harga diramal akan meningkat.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Terengganu, Zakaria Yusof berkata, harga pasaran emas di Terengganu ketika ini agak stabil iaitu RM231 segram.

Menurutnya, kadar tersebut adalah lebih rendah berban­ding dua bulan lalu iaitu sebelum musim tengkujuh yang menyaksikan harganya pernah mence­cah RM265 segram.

“Begitupun, berdasarkan maklum balas daripada pembekal, harga emas akan naik RM245 segram tidak lama lagi.

“Ia juga dijangka bakal me­lonjak sehingga RM300 segram dalam tahun ini disebabkan pelbagai faktor termasuk situasi global.

“Jadi, inilah masa terbaik pemi­nat emas yang berkemam­puan untuk mengambil kesempatan membeli barang kemas pada masa terdekat sebelum harga melonjak naik,” ujarnya.

Pada 4 Januari lalu, Pengarah Poh Kong Holdings Bhd, Ermin Siow Der Ming juga menjangkakan harga emas boleh meningkat sehingga AS$2,000 satu auns tahun ini.

Perkara itu turut diramalkan oleh ramai penganalisis yang berpandangan menjelang penghujung tahun harga emas sekitar AS$2,000 satu auns. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN