MOMENTUM kemasukan serta pelancaran banyak kenderaan baharu yang dibuat di negara ini pada tahun lalu dijangka diteruskan pada tahun 2022 secara lebih meriah.
Ia mengambil kira situasi pandemik yang memulih dengan lebih banyak model terkini bakal menjadi dambaan peminat-peminat kereta di negara ini khususnya.
Tahun ini mungkin semakin kelihatan bibit-bibit tersebut.
Sempena tahun baharu 2022, Garaj menyenaraikan model ‘hangat’ yang diramal akan dilancarkan di Malaysia pada tahun ini sesuai dengan minat dan selera penggemar kereta tempatan yang pelbagai.
———————————————————————————————————————————————-
TAHUN 2021 sudah pun melabuhkan tirai dengan banyak model kenderaan dilancarkan di negara ini. Antaranya Land Rover Defender, Hyundai Palisade, Hyundai Kona EV, Lexus LM350, Suzuki Jimny, Mercedes Benz S580e dan banyak lagi.
Jika di kebanyakan negara maju pengeluar-pengeluar kereta agresif memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) tetapi di Malaysia situasi itu sedikit perlahan sebelum ini mungkin kerana infrastruktur yang belum lengkap.
Kebanyakan pengeluar kereta masih dalam proses advokasi kepada masyarakat negara ini berkenaan EV sebelum mereka rancak ke arah itu. Namun, tahun ini mungkin semakin kelihatan bibit-bibit itu.
Sempena tahun baharu 2022, Garaj menyenaraikan model ‘hangat’ yang kami ramal akan dilancarkan di Malaysia pada tahun ini.
Peugeot 208
Ramalan penulis seterusnya ialah sebuah model oleh Peugeot. Sebelum ini Peugeot (yang kini diedarkan Bermaz Auto) telah melancarkan model 3008 dan 5008 dan mungkin bakal memperkenalkan model 2008 sebagai melengkapkan barisan SUV mereka bagi pasaran Malaysia.
Peugeot 2008 mempunyai reka bentuk yang bergaya, moden dan elegan.
Kenderaan jenama Perancis ini merupakan subkompak crossover dalam segmen B.
Penulis difahamkan, model 2008 terbaharu yang ditawarkan untuk pasaran global menggunakan enjin petrol dan EV yang dipanggil e2008. Model e2008 telah mula dijual di sekitar Eropah sejak tahun 2020
Sekiranya pihak Bermaz Auto membawa masuk model elektrik mungkin akan menjadi pesaing terdekat kepada model Hyundai Kona EV.
Kesimpulannya, sekiranya ramalan ini hampir tepat mungkin situasi automotif di negara ini sedang dalam bibit-bibit menuju ke arah EV seperti negara-negara yang maju.
Sekiranya ada beberapa syarikat kereta lain mula membawa masuk model EV mereka pada tahun ini, maka
kita dapat melihat kenderaan elektrik di atas jalan raya Malaysia lebih meriah dari sebelum ini.

Proton X90 (Nama ramalan)
Desas-desus berkenaan model ini semakin rancak diperkatakan selepas beberapa model dipercayai Geely Houyue dengan pelekat samaran kelihatan di atas jalan raya di Malaysia pada tahun lalu.
Model itu mungkin akan dijenamakan semula sebagai Proton X90 sebagaimana model X70 dan X50 sebelum ini.
Mengikut anggaran saiz, kenderaan ini mungkin akan bersaing dengan kelompok kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz penuh yang lain.
Adakah model tujuh kerusi ini akan dilancarkan pada tahun 2022? Sama-sama kita tunggu.
Toyota GR 86
Sebagaimana sebahagian kita sedia maklum, model ikonik daripada legenda AE86 ini telah dibina semula dengan kerjasama antara Toyota dan Subaru.
Model ini sebelum ini dikenali sebagai GT86 untuk Toyota dan BRZ untuk Subaru telah diperkenalkan secara global pada Oktober tahun lalu.
Kami menjangkakan UMW Toyota akan melancarkan model ikonik ini pada tahun 2022 untuk pasaran di negara ini.
Antara model lain yang mungkin akan dilancarkan Toyota ialah Corolla Cross Hybrid dan Camry (versi dikemas kini).

Volvo XC40 EV
Volvo di Malaysia antara pengeluar kenderaan yang rancak memperkenalkan kenderaan PHEV di Malaysia.
Setakat akhir hujung tahun 2021, boleh kata semua model yang diketengahkan mereka merupakan PHEV.
Tinjauan penulis di laman web Volvo Malaysia mendapati mereka meletakkan label ‘akan datang’ pada model XC40 Recharge versi elektrik.

Lexus NX
‘SAUDARA’ terdekat kepada Toyota, Lexus juga dijangka melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) NX.
Apa yang menarik, NX generasi terbaharu untuk pasaran global kini merupakan model Plug In Hybrid (PHEV) buat pertama kalinya.
Namun, adakah varian ini atau sebaliknya yang akan diperkenalkan di negara ini kita tunggu dan lihat ya.

Volkswagen GolfMK 8
Sama seperti Volvo XC40, model ini juga sudah dipaparkan di laman web Volkswagen Malaysia dan mungkin membawa maksud bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Volkswagen Golf Mk 7 sebelum ini telah menerima permintaan yang menggalakkan daripada para peminat mereka yang tersendiri dan turut menerima naik taraf dikenali sebagai Golf Mk 7.5.
Reka bentuk model terbaharu ini yang lebih menarik pasti akan memikat hati bakal pembeli mereka.
Tetapi kalau boleh model yang masuk Malaysia nanti biarlah dengan spesifikasi dan ciri-ciri yang lengkap.
Penulis difahamkan model ini mampu bergerak sejauh 418 kilometer (km) dan kadar pecutan dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 4.9 saat.

Subaru WRX Sportwagon (Levorg)
Subaru di Malaysia diedarkan oleh syarikat Motor Image. Pada Disember lalu, ketika pelancaran model XV GT Edition, ada makluman yang menyatakan model WRX Sportwagon bakal dibawa masuk pada tahun ini.
Penulis agak kagum dengan Subaru kerana berani membawa masuk model wagon ke pasaran Malaysia ketika pengeluar yang lain menghentikan model seumpama itu. Penulis pasti Subaru yakin model wagon mempunyai peminatnya tersendiri, lagi pun ruang simpanan ditawarkan lebih luas berbanding sedan atau hatchback.
Selain itu, pada tahun ini juga Subaru turut dijangka membawa masuk model WRX, BRZ dan Outback ke dalam pasaran Malaysia.
Mungkin ada kereta, SUV atau MPV yang akan dilancarkan tetapi tidak dapat dihidu penulis. Senarai yang dipaparkan adalah ramalan berdasarkan pemerhatian. Sama ada kenderaan itu benar-benar dilancarkan atau tidak di luar kuasa penulis. Selamat Tahun Baru!















