fbpx
Dari kiri Shakila, Haikal dan Siti (kanan) menunjukkan sijil kelahiran mereka tanpa butiran bapa sambil ditemani Termah (dua dari kanan) ketika ditemui di Kampung Sungai Raden, Rembau kelmarin.

Murid pintar tiada kad pengenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Kehidupan susah dan tinggal di rumah usang bukan menjadi masalah buat seorang warga emas sebaliknya nasib tiga cucunya selepas ketia­daannya kelak cukup meresahkan dirinya kerana sehingga kini mereka masih tidak memiliki kad pengenalan.

Termah Kasim, 70, berkata, perjuangan sejak 11 tahun lalu selepas kematian anaknya, Alwi Khamis belum menampakkan sinar buat cucunya iaitu Siti Nur Shakila Abdullah, 19, Siti Nur Nilam Sari, 17, dan Muhammad Haikal Idham, 11.

Cerita Termah, ketiadaan kad pengenalan itu disebabkan Jabatan Pendaftaran Negara masih ragu-ragu sama ada cucunya itu dilahirkan di negara ini atau Indonesia.

“Sebelum meninggal dunia, arwah Alwi bekerja di tapak projek pembinaan dan berkahwin dengan wanita Indonesia. Saya tak pasti bagaimana mereka menikah sama ada melalui ejen atau perkahwinan itu tidak didaftarkan,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Raden di sini kelmarin.

Tambahnya, mereka sudah biasa hidup susah dan berjimat cermat berbelanja wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM500.

“Mereka semua bersekolah dan mempunyai sijil kelahiran tetapi ruangan nama bapa dalam dokumen itu kosong,” katanya.

Ujar Termah, Shakila mendapat keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia bagi jurusan sains tulen.

Orang ramai yang ingin membantu Termah boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB milik Termah di 7604900085 atau hubungi Shakila di nombor 018-202 9541.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN