fbpx
Pekerja restoran daging anjing di Hanoi sedang menunggu pelanggan pada 10 Disember 2021. - AFP

Bandar di Vietnam hentikan penjualan daging anjing, kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Sebuah bandar pelancongan yang terkenal di Vietnam berikrar untuk menghentikan aktiviti penjualan daging kucing dan anjing yang selama ini dianggap sebagai makanan istimewa penduduk secara berperingkat, lapor akhbar Arab News semalam. 

Dianggarkan lima juta ekor anjing dimakan pada setiap tahun di negara itu, sekali gus meletakkannya pada kedudukan kedua tertinggi di dunia selepas China, dengan ramai percaya bahawa amalan tersebut mampu menghilangkan nasib malang.

Pihak berkuasa di Hoi An, sebuah pelabuhan perdagangan bersejarah dan tapak Warisan Dunia telah menandatangani perjanjian bersama kumpulan hak asasi haiwan, Four Paws International untuk menghentikan penjualan dan amalan memakan daging kucing dan anjing secara berperingkat.

“Kami mahu membantu mempromosikan kebajikan haiwan melalui pembasmian wabak rabies, menghentikan penjualan daging kucing dan anjing secara berperingkat dan menjadikan bandar ini sebagai destinasi utama pelancongan,’’ kata Timbalan Datuk Bandar Hoi An, Nguyen The Hung.

Tinjauan nasional yang dijalankan oleh kumpulan hak asasi haiwan pada tahun ini mendapati bahawa hanya 6.3 peratus daripada 600 orang di Vietnam memakan haiwan itu dengan 88 peratus menyokong larangan dilakukan. 

Kebiasaan itu semakin berkurangan apabila pendapatan penduduk meningkat dan golongan kaya menjadikan haiwan itu sebagai haiwan peliharaan.

Bagaimanapun, daging anjing masih dijual di Hanoi dengan beberapa penduduk mengenepikan kebajikan haiwan itu.

Pada 2018, pegawai dari Hanoi telah menyeru orang ramai untuk berhenti memakan daging anjing kerana merosakkan reputasi ibu negara.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan kesihatan yang boleh menyebabkan jangkitan rabies dan boleh membawa maut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN