fbpx

Cubaan seludup 100 tan kelapa ke Thailand gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Shukor (kiri) menunjukkan kelapa yang dirampas dalam dua serbuan di Tumpat minggu lalu pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol hari ini. FOTO YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebanyak 100 tan kelapa siap dikupas dipercayai cuba diseludup ke negara jiran selepas menahan tiga buah treler dalam dua serbuan berasingan di Tumpat, minggu lalu.

Dalam serbuan pada 25 dan 26 November lalu itu, PGA turut menahan tiga pemandu treler berusia 28 hingga 49 tahun bagi membantu siasat berhubung rampasan tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, rampasan kelapa itu merupakan kali pertama dilakukan oleh pasukan berkenaan sejak menjalankan tugasan mengawal sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Menurutnya, rampasan pertama dilakukan ketika anggota PGA melakukan rondaan di Kampung Simpangan sebelum melihat sebuah treler berada di kawasan pangkalan haram pada 25 November lalu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, treler itu membawa sebanyak 30 tan kelapa yang sudah siap dikupas.

“Keesokan harinya, kita telah menahan dua buah treler di Kampung Bunohan dan mendapati kenderaan berat itu membawa 70 tan kelapa. Kesemua kelapa yang sudah siap dikupas itu dipercayai dibawa dari Johor untuk diseludup ke Thailand,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI