fbpx

PDRM siasat cubaan seludup dadah RM431 juta ke Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sedang bekerjasama dengan pihak Australian Federal Police (AFP) bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang warga tempatan yang cuba menyeludup dadah ke Australia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, suspek tersebut sebelum ini dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa Australia selepas dikesan cuba menyeludup masuk 450 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM431.8 juta ke negara itu.

“Pihak JSJN Bukit Aman kini sedang bekerjasama dengan pihak AFP bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Segala tindakan perlu akan diambil untuk memastikan kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah yang menjadi ancaman kepada negara dapat dibanteras tanpa kompromi,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI