fbpx

Lari tinggalkan 2,300 botol cecair vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

RANTAU PANJANG – Cubaan sekumpulan lelaki menyeludup 2,300 botol cecair vape ke negara jiran gagal apabila kegiatan mereka itu dikesan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Tebu di sini pagi tadi.

Dalam serbuan pada pukul 4 pagi itu, penyeludup berkenaan meninggalkan cecair vape bernilai RM230,000 di situ sebelum lari ke negara jiran.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota PGA melihat sekumpulan lelaki sedang memunggah kotak ke dalam bot di pangkalan haram itu semasa menjalankan rondaan rutin menggunakan motosikal.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota PGA, mereka terus menaiki bot dan menyeberang Sungai Golok ke negara jiran.

“Pemeriksaan di kawasan sekitar telah menjumpai kotak-kotak yang mengandungi pelbagai jenis cecair vape.

“Siasatan awal mendapati kesemua barangan itu dikumpul dalam kuantiti yang kecil sebelum diseludup. Selain itu, cecair vape mempunyai permintaan tinggi di negara jiran mendorong mereka berani untuk menyeludup barangan itu,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azhari, kesemua cecair vape itu dibawa ke Kompeni Taktikal PGA, Taman Bakti di sini dan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI