fbpx
Setiap pasangan yang bernikah di Songkhla perlu mendapatkan sijil nikah untuk pendaftaran semula di Malaysia. – gambar hiasan

Pernah ditipu RM5,000, akhirnya Ahmad dapat kahwin anak dara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki mendedahkan dia memilih untuk bernikah dengan isteri kedua di Siam selepas mendapati pejabat agama negeri lewat untuk memberi kebenaran selain karenah birokrasi yang memakan masa berbulan-bulan.

Zaman, 39, memberitahu, dia bernikah dengan isteri keduanya yang berusia 26 tahun pada 2019 demi menghalalkan hubungan setelah permohonan untuk berpoligami berdepan jalan sukar.

“Jika di Songkhla, saya hanya perlukan surat pendaftaran nikah menerusi Pejabat Konsulat Malaysia di sana sebelum membuat pendaftaran semula di Malaysia.

“Prosesnya amat mudah jika dokumen lengkap seperti sijil nikah, foto majlis pernikahan dan salinan pasport untuk membuktikan tarikh keluar masuk waktu nikah. Pihak konsulat amat tegas dalam hal ini,” katanya yang kini bahagia bersama dua isterinya.

Sementara itu, seorang lagi lelaki bernikah di Siam, Ahmad, 41, memberitahu, dia pernah kerugian RM5,000 apabila ditipu sindiket nikah palsu dua tahun lalu.

“Mereka tidak tetapkan bayaran pada awal perbincangan dan hanya minta ketika majlis pernikahan, namun tidak menjanjikan sijil. Saya kemudian balik ke Taiping sebelum bertemu dengan ejen lain. Pernikahan dengan seorang anak dara ber­usia 28 tahun di Songkhla berjaya pada tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, isteri pertama­nya tahu mengenai hasratnya untuk menambah isteri cuma proses permohonan di Perak agak melecehkan dan sebab itu dia bernikah di Thailand.

“Sepatutnya pihak berkuasa agama negeri melihat kembali perkara ini agar urusan tersebut dipermudahkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN