fbpx

Ahmad Maslan tolak pencalonan sebagai Timbalan Speaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menarik diri daripada menjadi calon bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Menurut Setiausaha Agung UMNO itu, keputusan tersebut dibuat bagi memberi fokus kepada gerak kerja parti yang kini berdepan dengan krisis politik seperti yang berlaku di negeri Melaka.

“Saya telah berbincang dengan Presiden UMNO, tiga Naib Presiden termasuk Perdana Menteri dan saya telah buat keputusan untuk tarik diri daripada pencalonan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

“Saya ingin tumpukan perhatian gerak kerja sebagai Setiausaha Agung UMNO yang perlukan banyak masa, lebih-lebih lagi suasana mencabar yang kita tahu politik saat dan ketika ini,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Jelas Ahmad Maslan, keputusan itu telah dimaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pagi tadi.

Jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menamakan calon baharu dalam tempoh dua hari lagi.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI