fbpx

Isteri ‘tangkap’ suami curang di tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang menunjukkan si isteri (depan) sedang ditenangkan oleh suaminya selepas mengamuk melihat suaminya curang. – TikTok

JAKARTA – Kisah kecurangan seorang suami yang sedang asyik memadu kasih bersama wanita lain di tempat kerja akhirnya terbongkar apabila dia ‘ditangkap’ oleh isterinya sendiri, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, lelaki tersebut yang bekerja sebagai buruh binaan rumah dilihat sedang berdua-duaan dengan seorang wanita dalam keadaan mesra.

Secara tiba-tiba seorang wanita dipercayai isterinya datang bersama anaknya. Wanita itu kelihatan terkejut melihat suaminya sedang berdua-duaan dengan perempuan lain.

Dia kemudiannya mengamuk dan cuba untuk membelasah kekasih gelap suaminya itu.

Tidak cukup dengan itu, si isteri mengeluarkan sijil nikah mereka dan menunjukkannya kepada wanita berkenaan sebelum dihalau oleh wanita tersebut. 

Dia kemudiannya cuba ditenangkan oleh suaminya yang menarik tangannya untuk keluar dari situ agar tidak terus menimbulkan kekecohan.

“Di saat seorang isteri ‘menangkap’ suaminya bersama wanita lain. Sudah siap sedia membawa sijil nikah. Bukan biasa-biasa,” tulis keterangan pada video tersebut.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen mengenai situasi itu. 

“Kalau suaminya kacak, kaya, tidak mengapa jika mahu direbut. Sebaliknya, kalau dia tidak kacak, miskin dan berlagak hebat, lebih baik kamu tinggalkan sahaja,” kata seorang netizen.

“Masya Allah, siap dibawa anak perempuannya sekali. Tak dapat dibayangkan apa perasaan kanak-kanak tersebut dalam situasi seperti itu. Mungkin hatinya hancur,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI