fbpx
Saiz kapal ini bersamaan dengan empat buah padang bola sepak dengan panjang 400 meter dan lebar 61.5 meter. - Peter Macdiarmid/LNP

Kapal kontena terbesar dunia berlabuh di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sebuah kapal kontena terbesar di dunia yang menyamai saiz empatĀ  padang bola sepak tiba di Pelabuhan Felixstowe, Suffolk, lapor akhbar Metro UK.

Kapal yang diberi nama Ever Ace itu adalah milik syarikat sama yang memiliki Ever Given. Kapal Ever Given mencetuskan insiden Terusan Suez tersekat pada Mac lalu.

Ketibaan Ever Ace sangat dinanti-nantikan apabila lebih 100 pekerja pelabuhan mengerumuni kawasan pelabuhan sebaik sahaja ia memasuki muara Sungai Orwell awal pagi kelmarin.

Tiada maklumat tepat tentang isi kontena yang dibawa oleh Ever Ace namun dipercayai majoriti barangan tersebut adalah produk yang dihasilkan di Asia Timur.

KapalĀ  itu dijadualkan meneruskan perjalanan ke bandar Hamburg, Jerman lusa.

Empat bot tunda terpaksa digunakan untuk membantu Ever Ace berlabuh di ruangan yang disediakan dengan mengambil masa satu jam.

Kapal seberat 235,579 tan itu dibina tahun lalu untuk syarikat perkapalan berpangkalan di Taiwan, Evergreen Marine.Ā  Ever Ace memiliki panjang 400 meter dengan lebarĀ  61.5 meter.

KapalĀ  berdaftar di Panama itu boleh memuatkan 23,992 buahĀ  kontena iaitu melebihiĀ  26 kontena berbanding kapal kontena terbesar sebelumnya, HMM Algeciras.

Jika kargo Ever Ace perlu diangkut menggunakan pesawat, sebanyak 1,400 jet jumbo diperlukan untuk menerbangkannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN