fbpx

Kapal Ever Given kembali berlayar Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ satelit oleh Maxar Technologies menunjukkan kapal kargo MV Ever Given terkandas di Terusan Suez pada 28 Mac lalu. - AFP

KAHERAH – Kapal kontena mega, Ever Given akhirnya akan berlepas meninggalkan Mesir selepas ditahan oleh Lembaga Terusan Suez (SCA) sejak empat bulan lalu, lapor stesen penyiaran NDTV, semalam.

Dalam satu kenyataan rasmi, SCA berkata satu majlis khas akan diadakan pada 7 Julai ini bagi meraikan upacara menandatangani perjanjian persetujuan antara pihaknya dengan wakil pemilik kapal.

Mesir bertindak menahan kapal kontena milik syarikat Jepun, Shoei Kisen Kaisha selepas insiden sekatan Terusan Suez yang mengakibatkan kerugian berbilion dolar selepas Ever Given menghalang laluan selama enam hari.

Mesir kehilangan pendapatan antara AS$12 juta (RM48,884 juta) hingga AS$15 juta (RM62,355) untuk setiap hari laluan itu ditutup, menurut pihak berkuasa terusan.

Penggunaan kapal korek pasir dan usaha pengapungan yang intensif bagi membebaskan Ever Given turut mengakibatkan kerosakan teruk pada tebing terusan.

Pada minggu lalu, Ketua SCA, Osama Rabie memberitahu kerajaan Mesir telah menandatangani perjanjian tanpa pendedahan dengan pemilik Ever Given ketika memuktamadkan perjanjian pampasan.

Mesir dilaporkan telah meminta ganti rugi ratusan juta dolar tetapi kemudian mengurangkan tuntutan awalnya iaitu AS$900 juta (RM3.7 bilion)  menjadi AS$550 juta (RM2.3 bilion). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI