fbpx
Jamaluddin memasang bendera ketika melepaskan konvoi kenderaan sempena Program Sepakat @ Komuniti Daerah Kluang : Road To Hari Malaysia 2021 di Pejabat Daerah Kluang, hari ini.

Buat TikTok ganggu petugas vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Menghasilkan kandungan TikTok hingga menganggu petugas vaksin menyebabkan timbul isu larangan rakaman di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini.

Pegawai Daerah Kluang merangkap Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Kluang, Jamaluddin A. Hamid berkata, pihaknya menerima laporan terdapat pihak yang menyalahgunakan kebenaran rakaman diberikan termasuk merakam di persekitaran LHDN yang juga adalah bangunan kerajaan.

“Kita faham dan maklum tentang kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan kita dapati bahawa walaupun kebenaran itu diberi kepada penerima vaksin tetapi ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi.

“Antaranya sebab bangunan LHDN itu merupakan bangunan kerajaan dan kita mengguna pakai bangunan itu sebagai tempat menerima vaksin dan adalah bangunan kerajaan yang mempunyai syarat-syarat juga.

“Saya difahamkan bahawa penyelaras pusat penerimaan vaksin di LHDN menyatakan bahawa terdapat beberapa insiden sebelum itulah yang mana ada penerima vaskin yang menyalahgunakan kebenaran yang diberikan iaitu ada yang membuat rakaman video dan juga sekarang ini popular dengan TikTok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan konvoi kenderaan sempena Program Sepakat @ Komuniti Daerah Kluang : Road To Hari Malaysia 2021 di Pejabat Daerah Kluang di sini hari ini.

Jamaluddin berkata, pihaknya juga menerima laporan mengenai beberapa insiden orang awam merakam video dan foto hingga menganggu petugas di ppv itu dan menyebabkan mereka tidak selesa. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN