PETALING JAYA – Kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.1 skala richter telah berlaku di Rantau Irian Jaya, Indonesia pada awal pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook memaklumkan, kejadian gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 10.16 pagi pada koordinat 4.2 darjah Selatan dan 134.9 darjah Timur.
Berdasarkan pemerhatian MetMalaysia, jarak kejadian tersebut adalah 549 kilometer (KM) tenggara dari Sorong, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer (km).
Kejadian tersebut bagaimanapun tidak memberi sebarang ancaman kepada negara ini dan sekiranya terdapat perkembangan lanjut berhubung kejadian gempa bumi itu akan dimaklumkan MetMalaysia. -K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














