KAPTEN pasukan Terengganu FC (TFC I), Lee Andrew Tuck mahu rakan-rakan sepasukannya memulakan saingan Liga Super dengan langkah kanan menjelang pertemuan menentang Petaling Jaya City (PJ City FC) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya Sabtu ini.
Sebagai rekod, saingan Liga Malaysia (Liga M) kembali mingĀgu ini selepas lebih lima bulan digantung susulan pandemik Covid-19 dengan tirai rasmi diĀbuka pada 28 Ogos ini.
Kata Lee Tuck, rakan-rakan sepasukan kini sudah berada pada tahap kecergasan terbaik untuk kembali beraksi secara kompetitif selepas menjalani beĀberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini.
āKami sangat gembira deĀngan apa yang jurulatih aturkan sepanjang bulan ini dan kami mengharungi beberapa aksi persahabatan kompetitif sehingga dapat membantu pemain mendapatkan kembali kecergasan setelah lama berehat.
āBarisan pemain kini fokus sepenuhnya untuk mengharuĀngi aksi bertemu PJ City FC yang saya percaya memiliki kualiti tersendiri. Ia bukan tugas mudah tetapi kami percaya boleh meraih keputusan positif,ā kataĀnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Skuad kendalian Nafuzi Zain itu sudah mengharungi tiga aksi persahabatan sebelum ini deĀngan meraih kemenangan ke atas Kelantan United (1-0) dan Kelantan (2-0) sebelum tewas 0-2 kepada Selangor minggu lalu.
Difahamkan, semua pemain utama skuad Penyu itu tidak mempunyai masalah untuk diĀtuĀrunkan kecuali pemain import dari Singapura, Faris Ramli yang masih dalam tempoh kuaĀrantin selepas pulang ke Malaysia mingĀgu lepas.
Aksi TFC I menentang PJ City FC sepatutnya diadakan pada Februari lepas tetapi ditunda kerana kegagalan kelab berpangkalan di Lembah Klang itu untuk menyediakan venue perlawanan.
















