fbpx

Bekalan air Lembah Klang pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Gangguan bekalan air di semua 463 kawasan terjejas di Lembah Klang selesai apabila pulih sepenuhnya pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan bekalan air bersih diterima sepenuhnya lima wilayah tersebut pada pukul 6 pagi.

“Terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

“Mereka disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com,” katanya kenyataan itu hari ini.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Kelmarin, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran bau pukul 12 tengah hari.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan pembuangan efluen yang menyebabkan henti tugas itu dipercayai dilakukan ketika paras air Sungai Semenyih tinggi.

Kejadian dikatakan berlaku antara pukul 1 hingga 7 pagi susulan hujan lebat di bahagian hulu sungai itu kelmarin. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI