fbpx

Niat bantu adik tetapi ditipu RM11,213

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang lelaki yang berniat membantu adiknya membayar sewa rumah mengalami kerugian sebanyak RM11,213 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai adik perempuannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula kelmarin selepas lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Mentakab itu menerima mesej melalui WhatsApp didakwa daripada adik perempuannya berusia 22 tahun.

“Adiknya meminta wang daripada ibu mereka sebanyak RM2,511 untuk bayaran sewa rumahnya di Kuala Lumpur selepas adiknya menyatakan menerima panggilan daripada pengurus tempat beliau berkerja yang meminta bayaran tempat penginapannya.

“Pengadu telah membuat tiga kali pemindahan wang ke akaun yang diberikan oleh suspek yang menyamar adiknya berjumlah RM6,847,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, pada pukul 4.50 petang hari sama, adik pengadu meminta wang lagi atas alasan yang sama sebelum ibunya membuat pemindahan wang berjumlah RM4,336 ke akaun sama.

Katanya, pada pukul 12.12 malam semalam mangsa dimaklumkan oleh ibunya bahawa wang berkenaan tidak diterima oleh adiknya dan mereka telah diperdaya sindiket penipuan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI