fbpx
SITI JEMELA SYUHADA mengikuti program PWM yang antara lain memartabat dan memperjuangkan hak kaum wanita di negara ini secara online baru-baru ini.

Wanita muda juga ada idea bernas bangun negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Malaysia Young Generation mengadakan program Parlimen Wanita Muda (PWM) baru-baru ini bagi melibatkan golongan tersebut dalam pelbagai aktiviti untuk membolehkan suara dan aspirasi mereka didengar hingga ke peringkat lebih tinggi.

PWM telah berjaya menghimpunkan seramai 222 perwakilan wanita muda berusia antara 15 hingga 30 tahun yang datang daripada latar belakang yang pelbagai.

Antara lain, program yang diadakan secara dalam talian itu membincangkan topik-topik semasa yang menarik termasuk berkaitan keganasan terhadap wanita. Selain itu, ia turut membicarakan polisi dan dasar berhubung hal-ehwal wanita.

———————————————————————————————————————————————————————————————————————–

SUARA dan penglibatan kaum wanita dalam sektor utama di negara ini masih berada pada tahap minimum termasuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Merujuk laporan Global Gender Gap Report pada 2020 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia, Malaysia berada pada kedudukan ke-117 bagi indeks pembabitan wanita dalam politik.

Kedudukan tersebut dibimbangi memberi kesan kepada penyuburan amalan demokrasi serta proses pembinaan sebuah negara yang meraikan inklusiviti dan diversiti.

Menyedari hakikat itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Malaysia Young Generation mengadakan program Parlimen Wanita Muda (PWM) baru-baru ini.

Program julung-julung kali diadakan itu menghimpunkan seramai 222 perwakilan wanita muda berumur antara 15 sehingga 30 tahun terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Pengarah Program PWM, Dr. Shatesh Kumar Sangar berkata, tujuan utama program tersebut adalah untuk membincangkan polisi dan dasar berkaitan hal-ehwal wanita, kesaksamaan gender dan masalah sosial.

“PWM merupakan sebuah program yang dianjurkan bagi membincangkan isu-isu yang membelenggu kaum wanita selama ini. Program ini dijalankan pada 14 dan 15 Ogos lalu secara dalam talian.

“Antara topik dibincangkan adalah isu berkaitan keganasan rumah tangga dan gangguan seksual terhadap wanita,” katanya ketika ditemu bual iGen barubaru ini.

Menurut Dr. Shatesh, kesemua 222 ahli perwakilan PWM terdiri daripada mereka yang terpilih menerusi satu proses pemilihan yang dilakukan barubaru ini.

Katanya, perwakilan terpilih itu terdiri daripada mereka yang berjaya mengetengahkan isu-isu wanita dan memberikan pendapat paling bernas dalam setiap permasalahan.

“Peserta PWM terdiri daripada wanita muda dalam kalangan beliawanis, profesional, siswi, pelajar sekolah, komuniti Orang Asli, orang kelainan upaya (OKU) dan aktivis wanita.

“Pihak sekretariat turut menerima permohonan golongan OKU pekak yang berminat menjadi salah seorang pembahas dengan menggunakan khidmat jurubahasa isyarat,” katanya.

Selain sesi perbahasan selama dua hari, peserta PWM turut diberikan bengkel persediaan parlimen yang dikendalikan oleh sebuah NGO dikenali Reform Malaysia.

KEGANASAN rumah tangga antara topik hangat yang dibincangkan menerusi program PWM. – gambar hiasan

Bengkel tersebut berlangsung menerusi beberapa siri webinar khusus mengenai isu berkaitan wanita, serta program mentoring bersama 12 Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan mantan senator.

Antara personaliti politik terlibat adalah Nurul Izzah Anwar, Datuk Suraya Yaacob, Datuk Wira Mas Ermieyati Angkat suara wanita muda ke peringkat lebih tinggi Samsudin, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Yeo Bee Yin, Usha Nantini dan Datuk Heng Seai Kie.

“Program ini mendapat sokongan daripada beberapa pertubuhan seperti Yayasan Wanita, Parlimen Belia Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Girls 4 Girls Malaysia, Yayasan Myprodigy dan Dewan Muda Johor.

“Kesemua NGO dan sayap wanita menyatakan komitmen dan sokongan penuh dalam usaha mengangkat suara wanita muda serta meningkatkan penyertaan dalam arena politik negara.

“Sudah tiba masanya wanita bersuara dan berhenti daripada terus dipergunakan untuk meraih undi bagi parti politik. Wanita harus diberikan peranan lebih penting, bukan menjadi peraih undi semata-mata,” katanya.

Salah seorang ahli perwakilan, Siti Jamila Syuhada Jalaini, 21, berkata, PWM menyediakan platform kepada wanita muda sepertinya untuk bersuara dan mengetengahkan pendapat dalam sesuatu isu.

Katanya, sebagai masyarakat yang prihatin, dia sering mengetengahkan pendapat dan komen terhadap isu-isu semasa menerusi laman sosial, namun sering dipandang remeh disebabkan faktor gender.

“Saya selalu menyatakan pendapat mengenai isu-isu semasa di media sosial.

“Tetapi, ada segelinter netizen memperlekehkannya disebabkan saya seorang wanita muda yang dikatakan masih mentah.

“Dengan menjadi perwakilan PWM ini, saya lebih yakin untuk bersuara. Saya juga berharap, pendapat saya lebih didengari oleh orang ramai termasuk para pembuat dasar,” katanya.

Siti Jamila Syuhada yang juga merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa, Universiti Multimedia memaklumkan, dia berasa teruja berpeluang berbahas
pada persidangan PWM pertama itu.

Jelasnya, dia berpeluang menyatakan pendapat mengenai kaedah penyelesaian masalah keganasan rumah tangga dan gangguan seksual yang sering berlaku terhadap wanita.

“Saya berharap idea-idea yang dilontarkan dapat dipertimbangkan sebaik mungkin.

“Saya juga terpilih sebagai salah seorang wakil PWM ke persidangan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat,” ujarnya.

Buat masa ini, persidangan PWM dijadual bersidang dua kali setahun dan dilangsungkan secara online memandangkan negara masih berdepan penularan pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN