fbpx

Dua pekerja asing maut terhidu bau kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

CYBERJAYA – Dua pekerja warganegara India maut selepas terhidu bau kimia dalam loji kumbahan yang terletak di tepi jalan berhampiran kilang Lansson di Cyberjaya di sini petang tadi

Pegawai Kanan 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Julaina Hashim berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2 petang.

Menurutnya, sebuah jentera bersama tujuh pegawai serta anggota terus bergegas ke lokasi kejadian dan tiba 11 minit kemudian.

“Berdasarkan maklumat daripada laporan Komander Operasi terdapat dua orang pekerja tidak sedarkan diri berada di dalam loji kumbahan berkenaan.

“Dua mangsa tersebut merupakan antara tujuh pekerja lain di lokasi sedang melakukan kerja-kerja di loji kumbahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Julaina berkata, pihaknya kemudian menghubungi Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya  (Hazmat) Shah Alam bagi membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua mangsa didapati telah meninggal dunia dipercayai terhidu bau kimia ketika kerja-kerja menyelamat dilakukan.

“Mangsa pertama dikenali Kesavan Matarasan 30, dikeluarkan pada pukul 4.30 petang dan mangsa kedua Sailu Makkala, 40, dikeluarkan pada pukul 5 petang.

“Kedua-dua mayat telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut, “katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI