fbpx
GAMBAR HIASAN

Guna ‘Datuk’ palsu untuk tunjuk kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Gelaran darjah kebesaran Datuk yang digunakan seorang ketua penyangak jutawan dikenali Datuk Ken dalam sindiket perjudian online, pelombongan bitcoin dan syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau ceti haram yang diberkas baru-baru ini hanya sekadar bagi menunjukkan imej yang gah dan berkuasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunadi Mohamed berkata, ini berikutan hasil semakan pihak­nya mendapati suspek berusia 40 tahun itu tidak pernah me­nerima mana-mana gelaran darjah berkaitannya.

Katanya, pemakaian darjah Datuk itu berkemungkinan ha­nya sekadar gelaran dalam kalangan sindiket tersebut yang seterus­nya bertindak dalam mengaburi pihak-pihak tertentu.

“Setakat kita periksa, memang tiada penerimaan darjah itu dan hanya gelaran dipanggil oleh kumpulan sindiket tersebut.

“Suspek mungkin hendak menunjukkan kuasanya dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Arjunaidi

Ketika ditanya mengenai lambang atau jata kebesaran sebuah negeri di utara yang terdapat pada dua kereta iaitu Toyota Vellfire dan Volvo yang dirampas daripada sindiket itu, Arjunadi menegaskan lambang itu boleh diperolehi daripada mana-mana individu yang tidak diperakui bagi memudahkan operasinya.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati tiada tali barut melibatkan agensi penguat kuasa terhadap kegiatan dijalankan sindiket Datuk Ken tersebut.

Berita berkaitan: Penyangak Datuk Ken tumpas 

“Sekiranya ada terkesan, kita mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka. Buat masa ini juga ingin ditegaskan bahawa sindiket ini tiada kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee.

“Saya tidak boleh mendedahkan secara terperinci suspek utama ini dengan siasatan masih dijalankan secara lanjut termasuk terhadap 24 syarikat yang mempunyai kaitan dengan suspek tersebut,” tegasnya.

Berita berkaitan: Dua orang kanan Datuk Ken diburu

Mengulas lanjut, Arjunadi menjelaskan pemburuan masih dijalankan terhadap dua orang kanan sindiket Datuk Ken dikenali Chuah Seong Hooi, 48, dan Heow Hee Soon, 31, yang beralamat terakhir di Taman Rawang Perdana dan Bandar Country Homes di Rawang.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Shahriman Mat Junus di talian 012-348 0281,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN