TAIPING – Seorang pemandu terselamat daripada bahaya apabila kereta jenis Mercedez Benz yang dipandunya terbakar dalam kejadian di Kilometer (KM) 220 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Taiping petang tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 1.53 petang.
Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera daru Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dikerah ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.
“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Mercedez Benz yang terbakar 80 peratus namun tidak melibatkan mangsa.
“Api berjaya dipadamkan tidak lama kemudian sebelum operasi yang diketuai PBK II YusrizalChu Abu Bakar tamat pada pukul 2.55 petang,” ujar jurucakap tersebut. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














