fbpx
LANA NODIN

‘Padam atau peguam saya sampai pada awak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Lana Nodin memberi amaran dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menabur fitnah tentang dirinya sejak akhir-akhir ini.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 41, menerusi Instagramnya memberitahu dia tidak akan memberi peluang kepada individu yang melemparkan pelbagai kata-kata cacian terhadap dirinya dan meminta individu terlibat memadam atau meminta maaf secara terbuka hantaran tersebut.

TANGKAP layar Instastory Lana berhubung isu tersebut.

“Jangan main tembak fitnah kalau anda tidak tahu. Siapa yang berani lagi beri lagi begini, saya tidak akan beri peluang lagi, tindakan undang-undang yang akan mereka terima.

“Semasa maki hamun, anda tidak fikir tetapi apabila peguam sudah hantar mesej barulah nak sedar itu fitnah!Jangan sangka saya senyap, saya tak perhatikan,” tulis pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

Tegasnya, dia hanya akan terus mengambil tindakan undang-undang sekiranya menerima kata-kata fitnah daripada netizen selepas ini.

“Siapa lagi yang saya jumpa dalam Instagram, Facebook atau Twitter, lebih baik anda fikir 1,000 kali sebelum sebut nama saya.

“Walaupun menggunakan akaun palsu, lama-kelamaan kami akan cari juga nombor Internet Protocol (IP) akaun anda. Kali ini tak payah cakap banyak, tindakan sahaja!

“Saya bukan propa (berlakon) ya. Satu demi satu saya akan buru, sama ada cepat atau lambat sahaja. Jadi, sebelum peguam aku sampai, lebih baik padamnya” katanya lagi.

Dalam pada itu, Lana turut memuat naik tangkap layar beberapa pemilik akaun Twitter yang memuat naik kenyataan fitnah mengenai dirinya memohon maaf secara terbuka dalam media sosial.

Terdahulu, nama Lana menjadi bualan dan kecaman ramai selepas dia mengeluarkan kenyataan meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berhenti ‘berlakon’ membohongi rakyat Malaysia atas situasi Covid-19 yang sedang melanda negara pada masa ini.

Malah,dia juga menggesa Noor Hisham meletakkan jawatan yang dipegangnya sekarang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN