fbpx

Industri hiburan kembali bernafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lana, Caprice dan Rita.

Sejak berbulan-bulan bertalu-talu, minggu ini ada dua lagi perkara menarik yang berlaku dalam dunia hiburan. Satu tentang kepulangan semula penyanyi Caprice dari bumi Anbiya dan anak seni tanah air sudah boleh shooting.

Beberapa hari lalu, golongan karyawan industri kreatif atau dunia hiburan ibarat bersujud syukur.

Bayangkan sejak Mei, lebih 7,000 nasib anak seni yang berdaftar bawah Persatuan Seniman (Seniman), termasuk hampir 19,000 syarikat berkait industri kreatif yang selama ini hilang total mata pencarian utama mereka kini diberikan semula ‘kaki’ untuk bergerak dan ‘hidung’ untuk bernafas.

Selama ini terkurung, sekarang sudah boleh bertebaran keluar mencari rezeki. Dalam media sosial, rata-rata pelakon dan warga belakang tabir sudah mula berkongsi aktiviti di set penggambaran.

Kali ini bukan lagi setakat menyambung penggambaran produksi yang tertangguh tetapi menyeluruh kepada semua produksi termasuk baru hendak memulakan sesebuah projek.

Sayangnya, tanpa menunggu lama, isu kepincangan paling klise ‘abad’ pandemik iaitu melanggar prosedur operasi standard (SOP) pun mulalah bergelegak, terutama berhubung dua suntikan vaksinasi Covid-19 sebagai syarat utama. Sama macam tak cukup vaksin, tak boleh dine-in atau masuk ke pusat beli-belah, IKEA atau hotel, begitulah dengan penggambaran.

Tetapi isunya merebak apabila muncul dakwaan mengatakan ada dalam kalangan pihak produksi yang benarkan pelakon atau kru tanpa vaksin masuk ke set. Siapa yang pejamkan mata soal pelepasan mereka dalam senarai ahli produksi. Tipu sijil vaksin ke?

Penulis percaya, jumlah si penderhaka vaksin yang masuk shooting itu mungkin satu peratus atau kurang, namun disebabkan nila setitik itulah rosak susu sebelangga. Jangan sampai kelonggaran yang diberikan akan ditarik balik, melopong nanti.

Jika benar, pasti mendukacitakan, sedangkan mereka itulah jenis manusia yang selama ini tidak percayakan vaksin, tak mahu bahan asing dimasukkan ke dalam tubuh tanpa jaminan ujian klinikal atau atau apa sahajalah alasan bersandarkan polisi hak asasi tetapi apabila bab duit, nak pula langgar masuk kawasan wajib vaksin.

Nak kata pilih bulu atau ‘double standard’, ya! Macam semua orang boleh beli kereta, tetapi tak semua orang dibenarkan memandu kecuali ada lesen.

Untuk ibu Fauziah Nawi, terima kasih kerana berani bentang pekung dalam dunia produksi pasal vaksin. Untuk anak seni, anggaplah yang berlaku dalam sehari dua ini satu rahmat. Barangkali semacam naratif perjuangan Caprice yang akhirnya memasuki buku baharu apabila pulang juga ke tanah air dengan buah tangan ‘jihad’nya Tiger AlQuds.

Jadi anak seni atau nak jadi orang berpengaruh kena kalis kecaman, dah balik atau belum, Caprice tetap kena kecam, itu makanan dia. Sama juga dengan Rita Rudaini dan Lana Nodin yang katanya bukan mereka pelakon tolak vaksin tetapi masih nak berlakon seperti dikecam ramai. Semoga Lana selamat dapat naik kepada terbang balik Amerika Syarikat Sabtu ini!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI