fbpx
Gambar hiasan

Tiada tindakan lanjut berhubung isu guru buat jenaka rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Polis mengesahkan bahawa tiada tindakan lanjut dikenakan terhadap seorang guru yang sebelum ini didakwa membuat jenaka berhubung jenayah rogol yang disifatkan orang ramai sebagai keterlaluan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes berkenaan.

“Saya difahamkan, pihak Timbalan Pendakwa Raya telah mengeluarkan arahan NFA berhubung kes berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 24 April lalu melaporkan tentang seorang pelajar perempuan yang mendakwa seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah bergurau keterlaluan apabila menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Guru berkenaan bagaimanapun telah disiasat selepas laporan polis dibuat oleh pelajar tersebut dan telah ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di atas arahan Kementerian Pendidikan (KPM).- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN