ALOR SETAR – Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja di sini meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri ketika bertugas di balai bomba tersebut, hari ini.
Pegawai terbabit, Mohd. Faizol Izwan Hang Tuah, 35, disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada pukul 3.55 petang ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pegawai itu ditemui tidak sedarkan diri oleh pegawai lain di balai tersebut sebelum dibawa ke HSB.
“Punca kematian masih belum diketahui dan jenazah masih di HSB untuk tindakan Kementerian Kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, Allahyarham Mohd. Faizol merupakan seorang pegawai yang baik dan berdedikasi terhadap tugasnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929