fbpx
Gambar hiasan

Pegawai polis Kuala Muda positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR

SUNGAI PETANI – Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah mengesahkan seorang pegawainya disahkan positif Covid-19 pada semalam.

Adzli berkata, pegawai penyiasat jenayah berpangkat Asisten Superintendan (ASP) itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

“Saya sahkan seorang pegawai saya positif Covid-19, walau bagaimanapun tiada kawasan (di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda) ditutup, kita lakukan sanitasi sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular menerusi aplikasi WhatsApp memaklumkan seorang pegawai polis berusia 36 tahun yang bertugas di IPD Kuala Muda disahkan positif Covid-19 semalam selepas menjalani ujian swab di salah sebuah hospital swasta di sini baru-baru ini.

Difahamkan pegawai terbabit sudah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dekat sini untuk dikuarantin dan menerima rawatan lanjut.

Pengesanan kontak rapat dan sejarah lokasi dilawati sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada semalam, KKM mengumumkan dua kes baharu dilaporkan di Kedah iaitu di daerah Kuala Muda dan Baling yang mana kedua-dua kes tersebut tidak mempunyai kaitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN