fbpx

Itali bida Euro 2028, Piala Dunia 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJAYAAN Itali menjuarai Euro 2020 bukan sahaja mengangkat semula industri sukan negara itu tetapi membantu peningkatan KDNK. – AGENSI

ROM – Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina mengumumkan bahawa pihaknya akan cuba mendapatkan hak penganjuran sebagai tuan rumah Euro 2028 atau Piala Dunia 2030.

Ia bertujuan untuk menaikkan semula industri sukan negara berkenaan susulan kejayaan The Azzurri bergelar juara Eropah selepas menjuarai Euro 2020 baru-baru ini.

“Ini adalah kemenangan kepada semua yang terlibat dengan projek jangka masa panjang Itali.

“Secara umumnya, ia memberi harapan kepada Itali kerana kajian mendapati ia memberikan impak terhadap kesan ekonomi dengan peningkatan 0.7 peratus bagi

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sekitar €12 bilion (RM59.54 bilion).

“Kejayaan pada Euro 2020 sahaja telah membawa hasil seba­nyak €36 juta (RM178.62 juta) yang sebenarnya di luar daripada jangkaan.

“Sekarang kami ada peluang menjelang Euro 2028 dan Piala Dunia 2030. Namun, kami cuba ambil pendekatan mudah de­ngan memberi tumpuan untuk Euro dahulu,” kata Gravina.

The Azzurri muncul juara selepas menewaskan England 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah seri 1-1 dalam tempoh 120 minit pada aksi final di Stadium Wembley baru-baru ini.

Bagaimanapun, hasrat Itali tidak mudah kerana mungkin bakal dicabar England yang dilaporkan turut bercadang untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI