fbpx
Tangkap layar rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki warga asing dipercayai bergaduh dalam kejadian di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading, Batu Pahat, Johor hari ini.

Tiga warga asing ditahan terlibat pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Polis menahan tiga lelaki warga asing selepas dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhamad Izzudin Runggai berkata, kesemua suspek berusia 23 hingga 33 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Pada petang tadi, pihak polis telah menerima satu maklumat yang tular di media sosial mengenai rakaman video memaparkan kejadian pergaduhan sekumpulan pekerja di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading.

“Susulan itu, pihak polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Hasilnya, dua lelaki yang merupakan warganegara Bangladesh serta Sri Lanka kini ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, dalam insiden berkenaan, seorang lelaki warganegara Sri Lanka yang merupakan pekerja di kilang tersebut turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dilaporkan stabil.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat menunjukkan sekumpulan lelaki dipercayai pekerja melakukan kekecohan disyaki bergaduh. Kejadian itu berlaku pada pukul 6 petang di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading di sini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN