HONOR telah meneroka pasaran komputer riba dengan melancarkan siri MagicBook X15.

Peranti mudahkan kerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK pandemik Covid-19 melanda dunia dan Malaysia khususnya, ia telah mengubah kehidupan manusia ke arah norma baharu yang memerlukan perubahan secara menyeluruh dalam setiap apa yang
dilakukan termasuk urusan kerja.

Selepas hampir dua tahun Covid-19 ‘menyerang’ dan tanda-tanda untuk ia berakhir agak suram, menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Salah satu norma baharu ketika PKP adalah ramai dalam kalangan kita perlu bekerja dari rumah, manakala pelajar pula perlu mengikuti sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

Bagi kedua-dua tujuan tersebut peranti seperti komputer riba amat diperlukan untuk melancarkan urusan kerja dan pembelajaran.

Menyedari keperluan itu, Honor Malaysia melancarkan komputer riba siri baharu iaitu Honor MagicBook X15 yang ditawarkan pada harga lebih berpatutan dan dilengkapi dengan spesifikasi terkini.

Walaupun Honor lebih dikenali sebagai pengeluar telefon pintar, namun keputusan untuk meneroka pasaran komputer riba tepat pada masanya dengan menampilkan peranti berkualiti tinggi pada harga lebih kompetitif di era pandemik.

Honor dalam satu kenyataan menjelaskan, MagicBook X15 adalah komputer riba kompak yang dibina dengan kerangka logam aluminium premium dan dilengkapi dengan paparan penuh untuk keselesaan mata.

“Peranti ini hadir dengan kerangka badan logam yang ringan dan nipis, tetapi tahan lasak.

“Berwarna space gray, berat Peranti mudahkan kerja dari rumah peranti ini hanya 1.56 kilogram dengan
ketebalan 16.9 milimeter (mm). Ini memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana sahaja,” jelasnya.

Spesifikasi tahan lasak walaupun peranti ini agak nipis sudah pasti diperlukan oleh pengguna yang kini
banyak menghabiskan masa di rumah sama ada untuk bekerja atau belajar.

Walaupun nipis dan ringan, ia melangkaui sempadan skrin komputer riba tradisional dengan dilengkapi skrin paparan penuh 15.6 inci dengan sempadan 5.3mm di kiri dan kanan.

Nisbah skrin 87 peratus pula memberikan kesan paparan gambar berkualiti tinggi dengan warna terang.

PERANTI terbaharu ini juga cukup ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Dalam pada itu, skrin komputer riba itu juga menerima pengiktirafan pensijilan TUV Rheinland untuk cahaya biru rendah tidak berkedip.

Ciri ini melindungi dan mengelak mata daripada berasa letih.

Ini membolehkan pengguna menyiapkan tugasan dengan lancar.

Justeru, komputer riba ini sangat sesuai bagi pengguna yang perlu duduk di depan skrin untuk tempoh lama.

Ia amat sesuai bagi mereka yang bekerja dari rumah dan memerlukan masa panjang bagi sesuatu tugasan atau mesyuarat.

Sementara itu, mengenai konfigurasi perkakasan pula, ia dipadankan pemproses Generasi ke-10 Intel Core, selain bateri berkapasiti besar 42Wh.

Sistem penyejukan berkuasa besar membolehkan peranti ini mencapai pengambilan udara hingga 38 peratus lebih tinggi serta pelepasan haba cekap bagi mengekalkan suhu pada jangka masa penggunaan lama.

Ciri ini menjadikannya tidak cepat panas.

Dengan sekali cas penuh bateri, pengguna dapat menyaksikan video berkualiti 1,080 piksel hingga 7.86 jam atau melayari laman web selama 7.3 jam.

Pengecas pantas 65W yang baharu ini hanya seberat 200 gram dan mampu mencapai 53 peratus bateri dalam tempoh 30 minit pengecasan.

Ia sangat sesuai bagi pengguna yang ada banyak tugasan berat kerana fungsinya yang sangat cekap dan lancar.

Dalam pada itu, penstoran dalaman terpantas PCIe NVMe SSD mampu mempertingkatkan prestasinya
untuk lebih cepat memindahkan fail, melancarkan penyuntingan foto dan video atau bermain permainan online.

Siri Honor MagicBook X15 turut mengetengahkan reka bentuk dua dalam satu butang kuasa serta fungsi
pengecaman cap jari yang selesa dan lebih selamat.

Selain itu, fungsi kolaborasi multi screen dapat mewujudkan interaksi sistem silang masa nyata dengan telefon pintar.

Dengan menggunakan papan kekunci dan tetikus untuk mengendali telefon pintar di skrin, pengguna boleh memindahkan dokumen dan gambar dari telefon pintar ke komputer riba dan sebaliknya.

Komputer riba ini ditawarkan pada harga RM2,299 untuk pemproses Intel Core 10th Gen i3 berkapasiti RAM 8GB+256GB.

Bagi pemproses Intel Core 10th Gen i5 berkapasiti RAM 8GB+512GB pula dijual pada harga RM2,899.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI