fbpx

Lelaki ditahan, tipu penjualan baju bundle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan ekoran melakukan penipuan membabitkan aktiviti jual beli baju bundle menerusi laman sosial. - Foto: IHSAN POLIS

BEAUFORT – Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan ekoran melakukan penipuan membabitkan aktiviti jual beli baju bundle menerusi laman sosial.

Suspek yang juga bekerja sebagai pelayan restoran ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pukul 10.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek pada April lalu dipercayai memperdayakan mangsa dalam urusan jual beli baju bundle melalui laman sosial Facebook yang tidak wujud.

“Mangsa dikatakan membeli dua guni baju bundle dan memasukkan sejumlah wang sebanayak RM3,100 ke dalam akaun bank milik suspek.

“Bagaimanapun, barangan yang dijanjikan suspek belum diterima bermula sejurus membuat pembayaran sehingga laporan polis dibuat pada 2 Jun lalu.

“Polis melakukan siasatan dan berjaya menahan suspek di kawasan Inanam, Kota Kinabalu, semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusoff Zaki berkata, suspek kini ditahan di Lokap Balai Polis Beaufort untuk tindakan lanjut.

Beliau menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI