PEMAIN perseorangan wanita negara. S. Kisona menegaskan, dia belum berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan meskipun berjaya memenangi kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Sepanyol di La Nucia Sabtu lalu.
Pada perlawanan akhir, peĀmenang pingat emas Sukan SEA 2019 Filipina mengenepikan cabaran rakan sepasukan, Goh Jin Wei menerusi aksi straight set 21-14, 21-19 dalam tempoh 31 minit.
Lebih manis, kemenangan itu berjaya menamatkan penantian Kisona selama dua tahun untuk memenangi gelaran, selain meĀlakar kemenangan kedua ke atas Jin Wei yang merupakan bekas juara dunia remaja.
Meskipun gembira dengan gelaran tersebut, namun pemain berusia 23 tahun itu masih belum berpuas hati dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan sepanjang kejohanan itu.
āSaya gembira kerana berjaya mendapatkan kemenangan pada kejohanan ini selepas menampilkan aksi terbaik sehingga ke perlawanan akhir. BagaimaĀnapun, masih ada banyak lagi kekurangan dalam permainan saya.
āHarapan saya selepas ini adalah untuk mengkaji balik kelemahan yang ada serta bekerja keras dalam latihan bagi meningkatkan permainan menjelang kejohanan-kejohanan akan datang,ā katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Mengulas pertemuan antara dia dan Jin Wei, Kisona gembira kerana dapat berentap dengan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu selepas lama tidak bertemu sesama sendiri di pentas antarabangsa.
āKami berdua sudah berikan yang terbaik pada perlawanan akhir dan rasa agak berbeza keĀrana sudah lama tidak bertemu sesama sendiri pada kejohanan kompetitif.
āBagaimanapun, saya tidak mahu membuat perbandingan berhubung corak permainan kaĀmi berdua kerana setiap pemain ada gaya masing-masing selain memiliki perjalanan terĀsendiri,ā ujarnya.
















