fbpx
ARA mengakui dia seorang individu yang takut pada jarum.

Gaya lasak, tapi Ara menjerit takut jarum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang kata, jangan menilai buku daripada kulitnya.

Begitu juga dengan lagak lasak dan aktif yang tidak boleh dijadikan ukuran keperibadian sebenar seseorang.

Itulah yang dapat disaksikan menerusi kerenah penyanyi Ara Johari yang menjerit sebelum menerima suntikan vaksin baru-baru ini.

Akui penyanyi yang terkenal dengan penampilan kasar itu, dia memang tidak dapat menyembunyikan perasaan takut terhadap jarum.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 24, bagaimanapun memberitahu dia berjaya mengatasi rasa ketakutan itu dan akhirnya berjaya menerima suntikan vaksin dos pertama jenis AstraZeneca (AZ).

Menerusi video yang dikongsinya dalam Instagram, dia dilihat beberapa kali mengelak dan menjerit sebelum disuntik vaksin pada lengan kanannya.

“Sejujurnya, saya sangat takut dengan jarum dan sebab itu jadi begini.

“Sebenarnya dia cucuk tidak sakit pun, rasa macam kena gigit semut tetapi jeritan saya itu seperti kena pukul,” tulisnya dalam satu entri Instagram semalam.

Dalam pada itu, dia juga turut berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam atas layanan baik yang diberikan kepadanya temph hari.

Bahkan, pelantun lagu Bunga itu juga sempat menitipkan pesanan kepada rakyat Malaysia untuk segera mendaftar bagi mendapat vaksin.

“Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan di sini yang baik dan sanggup layan kerenah saya,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI