fbpx
BARCELONA melalui musim yang suram apabila gagal memenangi sebarang trofi menyebabkan UCL adalah peluang terakhir mereka. – AFP

Barcelona tidak punya pilihan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Barcelona per­lu bermati-matian mendapat­kan trofi Liga Juara-Juara (UCL) ke­rana ia adalah satu-satunya pe­luang untuk melupakan per­sembahan yang cukup mengecewakan musim ini.

The Catalan masih gagal memenangi sebarang piala musim ini selepas kecundang di separuh akhir Piala Super Sepanyol sebelum terkandas pada peringkat suku akhir Piala Raja Sepanyol dan sekadar meraih naib juara La Liga.

Justeru, Barcelona berpe­luang menebus segala kekecewaan musim ini dengan menewaskan Napoli dalam aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik UCL di Camp Nou awal pagi esok.

Bintang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi berharap mereka mampu membenam cabaran Napoli untuk ke suku akhir sekali gus meraih semula sokongan da­ripada para peminat setia pa­sukan itu selepas ini.

Pemain tengah The Catalan, Frenkie De Jong bersetuju de­ngan pandangan kaptennya itu dan bertekad untuk menampilkan aksi terbaik bagi merealisasikan impian mereka bergelar juara Eropah selepas kali terakhir me­raihnya pada musim 2014-2015.

“Saya sudah bersedia bermain menentang Napoli. Saya sentiasa bersemangat setiap kali menghadapi aksi Liga Juara-Juara kerana ia sangat istimewa.

“Format peringkat kalah mati selepas ini juga sangat menarik dengan setiap pasukan bermain satu perlawanan sahaja. Ia bermakna Barcelona cuma ada empat perlawanan lagi untuk menjuarai Liga Juara-Juara,” katanya.

Bagaimanapun, Barcelona yang­ seri 1-1 dengan Napoli dalam aksi pertama di Itali pada Feb­ruari lalu, tidak dapat menurun­kan dua pemain tengah, Sergio Busquets dan Arturo Vidal untuk perlawanan awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN