fbpx
Bangkai gajah yang ditemui mati dipercayai akibat termakan racun di dalam kebun sayur berhampiran Empangan Kahang, Kluang, petang semalam.

Dua ekor gajah mati termakan racun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh NUR NABILAH RAHMAT

KLUANG – Dua ekor gajah ditemui mati dipercayai akibat termakan racun dalam sebuah kebun sayur berhampiran Empangan Kahang, di sini petang semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, hasil siasatan awal mendapati bangkai dua ekor gajah betina itu dianggarkan berumur antara lima hingga enam tahun.

Katanya, berdasarkan keadaan bangkai kedua-dua ekor gajah tersebut disyaki telah mati dalam tempoh satu atau dua minggu.

“Lebih kurang pukul 5 petang semalam, pihak Jabatan Perhilitan Negeri Johor telah menerima aduan awam berkaitan dengan penemuan bangkai dua ekor gajah tersebut.

“Tiada kesan tembakan ditemui pada badan atau kepala gajah.

“Gajah yang terlibat adalah dari kumpulan gajah Tenggara yang dianggarkan sebanyak 25 hingga 30 ekor yang sering berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan bagi mencari makan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya telah menjalankan proses pengambilan beberapa sampel bagi mengenalpasti punca sebenar kematian gajah tersebut sebelum bangkai gajah dilupuskan secara ditanam di kawasan berdekatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN