Abd Rahim (berkerusi roda) ketika dinobatkan Anugerah Sasterawan Negeri Perlis 2026 di Kangar pada 12 November lalu.

Sasterawan Perlis, Abd. Rahim Abdullah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Dunia kesusasteraan Perlis dan negara amnya kehilangan seorang lagi tokoh apabila Sasterawan Negeri Perlis, Abd. Rahim Abdullah meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Kota Warisan, Sepang, Selangor kira-kira pukul 4 petang hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh anak perempuannya, Ezlin Liyana Abd Rahim, 49, sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham dibawa ke surau berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam sebelum disolatkan selepas solat Isyak.

Allahyarham dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Jannah, Masjid Sultan Hishamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, malam ini.

Allahyarham baru sahaja dinobatkan sebagai penerima sulung Anugerah Sasterawan Negeri Perlis 2026 pada 12 November lalu, iaitu 17 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Anak kelahiran Kampung Bohor Inai dekat sini merupakan bekas Pengarang Sastera dan Budaya Berita Harian serta pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Allahyarham mula berkarya sejak 1964 dan pernah meraih pelbagai pengiktirafan termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia serta Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN