HODAK dianggap memiliki kualiti yang mampu meningkatkan potensi Harimau Malaya.

Harimau Malaya perlukan magis Hodak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

STATISTIK karier kejurulatihan Bojan Hodak di pelbagai pe­ringkat pertandingan langsung tidak boleh dinafikan dan kualiti yang sama harus diterjemahkan dalam skuad Harimau Malaya bagi mengharungi tugasan antarabangsa selepas ini.

Tidak hanya kejuaraan domestik di saingan Liga Malaysia (Liga M), jurulatih dari Croatia itu sudah membuktikan magisnya ketika memacu Kuala Lumpur City bergelar naib juara Piala Konfe­derasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022 walaupun tidak ada harapan besar diberikan.

Bekas penyerang negara, Safee Sali berkata, daripada pe­ngalaman bekerjasama dengan Hodak ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City, beliau percaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah pun membuat pemilihan tepat.

“Beliau amat sesuai untuk menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Saya menyokong pelantikan ini dan melihatnya sebagai satu perkembangan yang baik untuk memperkuatkan Harimau Malaya.

“Saya pernah mendapat sentuhan beliau ketika bersama JDT dan KL City. Jadi, saya percaya pengalaman serta kemampuan yang dimiliki Hodak boleh membantu meningkatkan kekuatan pasukan kebangsaan.

“Saya berharap kehadiran beliau mampu membawa Harimau Malaya ke tahap lebih baik dan menjadikan pasukan negara lebih kompetitif,” katanya.

Selain memenangi kejuaraan di Liga Malaysia (Liga M), Hodak juga pernah menghadiahkan kejuara­an buat skuad muda negara ketika membantu pasukan Bawah 19 Tahun ­(B-­19) negara meme­nangi Kejua­raan B-19 AFF 2018.

Sementara itu, Hodak yang pernah membimbing Kelantan meraih gelaran trebel pada 2012 turut menggalas petunjuk prestasi utama (KPI) yang diberikan FAM bagi mengemudi Malaysia ke sai­ngan Piala Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN