Keadaan banjir yang berlaku di Bandar Putra, Kulai pada minggu lalu.

[VIDEO] Rumah duduk baru setahun sudah naik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Beberapa penduduk meluahkan rasa kesal apabila terpaksa berhadapan dengan banjir selepas hanya setahun menduduki kawasan perumahan di Bandar Putra di sini.

Di media sosial, seorang pemilik rumah di situ kesal dengan banjir yang berlaku minggu lalu di kawasan perumahan yang baru didiami setahun.

Katanya, dengan membayar duit rumah (bank) antara RM480 hingga RM650 sebulan selama kira-kira 30 tahun, banjir tidak sepatutnya berlaku di kawasan tersebut.

Bagaimana pun, kejadian yang telah berlaku pada minggu lepas itu segera diambil tindakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

Tinjauan yang dilakukan oleh Mohd Jafni selepas dua hari kejadian di Jalan Tempua Utama dan Jalan Bayan itu dilaporkan turut menggesa pihak pemaju perumahan bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini dalam tempoh dua minggu.

Pemaju kemudiannya dikatakan memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta bagi kerja matigasi banjir di Jalan Bayan secara berfasa manakala Majlis Perbandaran Kulai diarah memantau kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh pihak pemaju perumahan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN