Sebuah rumah teres dua tingkat yang dihuni warga asing di Ampang.

Rumah macam tempat ‘pungutan sampah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keadaan sebuah rumah yang dipenuhi pelbagai barangan sehingga kelihatan berselerak di bahagian hadapan kediaman itu mencetuskan perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads @awangkanda88, dia meluahkan rasa kurang senang melihat keadaan rumah berkenaan yang didakwa terletak di Ampang.

“Serabut tengok rumah ‘roro’ ni. Bertahun juga dah tengok macam ini. Macam depot pelupusan sampah,” katanya.

Perkongsian itu turut memaparkan beberapa gambar bahagian hadapan sebuah rumah teres yang dipenuhi barangan termasuk sangkar, rak, peralatan rumah dan pakaian yang disidai sehingga memenuhi ruang anjung kediaman.

Pengguna itu turut memaklumkan penghuni rumah berkenaan adalah sebuah keluarga Rohingya.

Keadaan tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, malah ada yang meminta supaya perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut.

“Kawasan mana ni.. cuba lapor paca PBT (pihak berkuasa tempatan),” komen Yimy.

“Janji duit sewa masuk. Tu je. Saua kenal beberapa pemilik, yang penting duit bulan-bulan dapat, sebab mereka bayar mahal dari biasa,” dakwa seorang pengguna.

“Ini dekat padang sekolah tu kan? Kalau rumah sama memang dah lama dan dulu bumbung tak runtuh lagi,” kata Hafiz Redha.

Hantaran itu meraih perhatian ramai apabila mengumpul lebih 12,000 tontonan, 487 tanda suka dan 94 komen selepas dua jam ia dimuat naik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN