Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 6 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Terengganu, kawasan yang terlibat ialah Hulu Terengganu dan Kemaman.

“Di Selangor, amaran berkenaan melibatkan Klang, Petaling, Kuala Selangor dan Gombak, manakala di Johor membabitkan Segamat dan Kota Tinggi.

“Turut terjejas ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,” katanya.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Song dan Kapit di Kapit, Bintulu, Miri, Limbang serta Mukah.

Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan melibatkan Lahad Datu di Tawau, Kudat, Pantai Barat, Pedalaman dan Sandakan.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN