GAMBAR menunjukkan bangunan tertinggi di Riyadh mengalami kerosakan selepas terkena bedilan puak Houthi semalam. – AGENSI

Riyadh bergegar, Houthi bedil bangunan tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Serangan militia Houthi dari Yemen mengakibatkan sebuah bangunan pencakar langit ikonik di daerah kewangan Riyadh rosak semalam, insiden terbaharu dalam gelombang serangan ke atas Arab Saudi sejak perang saudara Yemen kembali memuncak.

Beberapa jam selepas satu letupan kuat menggegarkan Riyadh dan saksi kejadian melaporkan kerosakan pada bangunan tertinggi di bandar raya berkenaan, pihak berkuasa mengesahkan serangan Houthi mengenai sebuah menara di Daerah Kewangan Raja Abdullah.

Kompleks moden dipenuhi menara kaca serta pembangunan mewah itu menjadi simbol utama usaha Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk mentransformasikan negara kaya minyak tersebut.

Pegawai-pegawai Arab Saudi berkata, serangan itu merosakkan beberapa tingkat menara terbabit serta dua bangunan bersebelahan, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Meskipun pihak berkuasa tidak menamakan bangunan itu secara rasmi, foto agensi pertahanan awam menunjukkan kaca pecah serta kerosakan pada bahagian luar menara yang menempatkan Dana Pelaburan Awam (PIF), iaitu dana kekayaan berdaulat yang menjadi tunjang Wawasan 2030.

Lewat semalam, kumpulan Houthi yang disokong Iran mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN