Rakyat terus mendoakan Anwar kekal sihat seterusnya membolehkan Perdana Menteri kekal membangunkan ekonomi Malaysia. Foto oleh IHSAN PMO

PMX memang tidak ‘relax’, moga Allah balas dengan berkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Kerja keras ditunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memimpin Malaysia menerusi jadual padat hariannya terus mendapat perhatian rakyat dengan rata-rata daripada mereka mendoakan pemimpin itu diberikan kesihatan baik.

Dalam konteks ini, ramai rakyat mendoakan agar Anwar terus kuat susulan jadual padat perlu dilaluinya minggu ini termasuk menghadiri Sidang Kemuncak APEC 2026 di Shenzhen, China hari ini.

Menurut seorang pengguna Facebook, Rahimah Mohd. Sura, beliau mendoakan agar urusan Anwar dipermudahkan susulan kerja keras pemimpin itu dalam membangunkan ekonomi Malaysia.

“Syabas PMX tetap menjalankan tugas bagi mengetahui kedudukan ekonomi serantau untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam geopolitik dunia yang makin tidak menentu.

“Segala keistimewaan yang ada perlu diperoleh lebih awal demi masa depan rakyat Malaysia.
Semoga Allah permudahkan segala urusan PMX dan pasukan,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Nizam pula mendoakan agar Allah membalas jasa Anwar dengan berkat selepas terus bersungguh-sungguh berkerja untuk Malaysia.

“PMX memang tidak ‘relax’, semoga Allah membalas dengan berkat yang banyak buat PMX dan keluarga, biar dicaci dimaki PMX tetap yang terbaik,” katanya.

Sebelum tiba di Shenzhen malam tadi, Anwar terdahulu menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat di Manila selepas usai menyantuni Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN