Fahmi

Asia Tenggara perangi platform media sosial degil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia, Singapura dan Indonesia dijangka mengadakan perbincangan pada pertengahan Disember ini, bagi menyelaraskan pendekatan dalam menangani keengganan platform media sosial mengambil tindakan secara menyeluruh dan automatik terhadap kandungan memudaratkan dalam talian.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata beliau dijadualkan bertemu rakan sejawatnya dari dua negara jiran itu bagi membincangkan cabaran dihadapi bersama susulan kurangnya kerjasama penyedia platform digital dalam menangani kandungan berkenaan.

Beliau berkata kerjasama serantau itu penting bagi meningkatkan tekanan terhadap platform media sosial supaya lebih bertanggungjawab, khususnya dalam menangani kandungan berulang termasuk pemalsuan imej atau deepfake menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Kita mesti bekerjasama dengan rakan-rakan di rantau Asia Tenggara supaya platform ini perlu mendengar.

“Singapura dianggap sebagai ibu pejabat serantau bagi banyak platform media sosial, Indonesia mempunyai jumlah pengguna paling besar, manakala banyak daripada pusat pangkalan data terletak di Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN