Gambar hiasan. Janaan AI

Wanita dakwa duit beli ubat dikebas polis berpakaian preman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa suaminya diminta menyerahkan wang RM100 kepada individu dipercayai anggota polis ketika ditahan di sekitar kawasan KSL, Johor Bahru.

Lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa wang berkenaan merupakan wang untuk membeli ubatnya selepas dia mengalami masalah kesihatan kronik dan tidak bekerja sejak dua bulan lalu.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna @osyinsyiffs mendakwa suaminya ditahan kira-kira pukul 10.40 malam oleh seorang lelaki yang tidak memakai seragam polis.

Menurutnya, lelaki berkenaan didakwa meminta wang RM100 dengan alasan terdapat dua kesalahan yang dilakukan suaminya.

Malah, suaminya turut didakwa diugut tidak akan diberikan telefon bimbit sekiranya enggan menyerahkan wang berkenaan.

Dia turut mendakwa individu terbabit membawa suaminya ke sebuah taman yang tidak mempunyai televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum meminta wang berkenaan.

“Dua bulan aku tak kerja, harapkan suami bagi duit. Suami baru kehilangan ayah dia tak sampai empat bulan.

“Saya sudah dua kali dimasukkan ke wad sebab sakit kronik. Awak sesuka hati ugut minta duit RM100 itu, duit ubat saya,” tulisnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati selain berkongsi pengalaman masing-masing berdepan dakwaan salah laku individu yang dipercayai anggota penguat kuasa.

Seorang pengguna @nxjieha_ mendakwa suaminya pernah melalui pengalaman sama apabila ditahan tiga individu yang meminta wang ketika dia hanya mempunyai RM155 dalam dompet untuk membeli kek hari lahir anak serta belanja makan.

“Sekali tiga orang tahan minta duit. Kalau tak, dia nak ambil semua. Tapi masa itu suami merayu minta RM5 untuk isi minyak balik.

“Malam itu memang kecewa rasa. Tak guna betul buat kerja tak ada integriti,” katanya.

“Sakitnya hati kita dengar, semoga awak dengan suami dipermudahkan segala urusan. Dan semoga awak cepat sembuh ya. Insyaallah ada rezeki lebih banyak lagi untuk suami awak,” komen @ shzleenmstfaaa.

Dalam pada itu, seorang pengguna menasihatkan orang ramai supaya tidak takut meminta nombor badan anggota bertugas sekiranya berdepan situasi mencurigakan.

“Kalau polis nak pau duit, tolong tengok nombor badan dan ingat. Nama tak berapa penting, nombor badan dah cukup,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN