Lokasi kejadian penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, hari ini.

Lelaki ditemui maut dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 40-an ditemukan meninggal dunia di dalam longkang sedalam kira-kira enam kaki berhampiran Bandar Mahkota Cheras di sini, pagi tadi.

Mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.20 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.51 pagi, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam longkang dengan terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala.

“Pemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang petunjuk jelas yang menunjukkan berlakunya unsur jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kajang bagi tujuan bedah siasat untuk menentukan punca sebenar kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat dan hasil siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Sarjan Mejar Zharif Shah Ab Rasid menerusi talian 012-592 5390 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN