‘She said yes’ – Hans Isaac bakal kahwini bekas Miss Universe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Hans Isaac bakal nikahi bekas Miss Universe Malaysia

PETALING JAYA – “‘She said yes’ (Dia kata ya).”

Demikian perkongsian pelakon Datuk Hans Isaac yang mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan peragawati dan bekas Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong.

Hans atau nama penuhnya Gerald Hans Isaac, 55, menyifatkan keputusan untuk memperisterikan Francisca sebagai langkah paling tepat dalam kehidupannya

“Selamanya bersama insan kegemaran saya.Menuju ke gerbang abadi bersama bakal isteri saya yang berdarah Kayan atau Iban.

“Keputusan terbaik yang pernah saya buat dan dia berkata ya (setuju).

“Dia sudah terikat dengan saya sekarang. Tiada lagi ‘Hans bila nak kahwin?’,” ujarnya.

Dalam hantaran tersebut, pelakon filem Baik Punya Cilok itu melamar Francisca di Menara Eiffel, Paris.

Sebelum ini, Hans pernah mengikat tali pertunangan dengan bekas ratu cantik, Aileen Gabriella Robinson pada Januari 2017.

Namun, pada Oktober 2017, penerbit terbabit mengumumkan perkahwinan dengan wanita asal Singapura itu dibatalkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN