Akim dan Farah antara empat peserta 'diserap' masuk dalam GV Fantasia.

Farah, Felix, Akim, Ara lolos ke GV Fantasia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Teka-teki terjawab, empat bekas peserta Akademi Fantasia (AF) iaitu Akim, Farah Anuar, Felix dan Ara Johari layak ke pertandingan Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Akim mendahului carta undian dengan 25 peratus, diikuti Farah Anuar (16 peratus), Felix (13 peratus) dan Ara Johari (sembilan peratus).

Semasa pengumuman dilakukan, Farah tampil dengan busana ungu sempat mendendangkan lagu popularnya berjudul Tangisan Dalam Kerinduan.

Manakala, Akim sempat mempersembahkan lagu Bengang yang merupakan lagu final semasa di AF7.

Bagaimanapun, Felix dan Ara tidak dapat berada di pentas memandangkan ada urusan peribadi.

Keempat-empat mereka akan bertanding bersama sembilan peserta lain iaitu Mawi (AF3), Vince (AF1), Faizal (AF4), Shahir (AF8), Mila Jirin (AF5), Stacy (AF6), Zahid (AF2), Faizul Sany (AF2013) dan Firman Bansir (AF2014).

Sebelum ini, 25 calon bekas peserta AF diumumkan untuk diundi bagi mengisi empat kekosongan di posisi ‘hot seats’.

Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al Hadad kekal sebagai hos sementara Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Shafinaz Selamat bertindak sebagai juri.

GVF bersiaran bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu ditayangkan di saluran Astro Ria. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN