Ahmad Zahid bergambar bersama barisan kepimpinan tertinggi PPP Malaysia ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka PPP Malaysia di Dewan Kandiah, SJKT Vivekananda, Brickfields.

 BN tidak bertanding dalam PRN Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu, berdasarkan persefahaman antara UMNO dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“BN tidak ada niat untuk bertanding dalam mana-mana kerusi DUN di Sarawak, kerana inilah persefahaman antara UMNO dan PBB di Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parti Progresif Penduduk (PPP) Malaysia, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden PPP Malaysia Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13 pada 12 Dis ini, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 Nov dan pengundian awal pada 8 Dis, dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Sementara itu, mengenai pembubaran Parlimen, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau itu keadaan yang disebutkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka beliau mempunyai hak dan mandat untuk melakukannya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kemelut yang melanda pentadbiran Negeri Sembilan akan diselesaikan secepatnya.

Mengulas mengenai tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Ismail Lasim, Ahmad Zahid berkata pihaknya akan melakukan perkara yang perlu bagi menyelesaikan masalah rakyat negeri itu.

“Asalkan masalah rakyat di Negeri Sembilan diselesaikan dan pentadbiran di negeri itu berjalan dengan lancar dan mengikut landasan Perlembagaan Negeri Sembilan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN