Gambar hiasan

Lelaki maut ditembak rakan sekerja di depot simpanan minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki maut dipercayai ditembak individu dikenalinya di depoh simpanan minyak di Bukit Tengah di sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, polis kini giat mengesan suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu.

“Mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang dan mangsa berusia 41 tahun dipercayai terkena tiga das tembakan yang dilepas suspek yang dipercayai rakan sekerjanya yang berusia lingkungan 40-an. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN