Adly

PRN Melaka: PH akur menang empat kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KATIL – Pakatan Harapan (PH) akur dengan keputusan rakyat Melaka selepas hanya mampu mempertahankan empat daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, hari ini.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, gabungan itu menghormati mandat yang diberikan oleh pengundi berdasarkan keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Berdasarkan keputusan tidak rasmi SPR, PH memenangi empat daripada 24 kerusi DUN yang ditandingi iaitu Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.

“PH menerima keputusan ini dengan terbuka dan menghormati mandat yang diberikan rakyat Melaka,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH di sini malam ini.

Mengulas lanjut mengenai prestasi tersebut, Adly memaklumkan perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Presiden PH bagi meneliti punca kekalahan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN