KETIKA ini kebahagiaan Dr. Fie dan Kapten Amrul teruji dek kisah silam hutang dan sengketa yang belum selesai. Semoga tidak ada hal tidak baik yang menggugat cinta mereka, sementara Nubhan pula semakin mendapat sokongan ramai.

Netizen U-turn, pakat sokong Nubhan pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEHANGATAN kisah perkahwinan kedua pempengaruh media sosial, Dr. Afifah Tawfek atau Dr. Fie dengan Kapten Amrul Nizar Anuar nampaknya masih berlarutan sehingga hari ini.

Banyak juga video sebelum dan selepas pernikahan mereka tular dalam media sosial yang menjadi lubuk kecaman gara-gara isu masalah rumah tangga Amrul dengan bekas isteri.

Diva baca pun tak seronok, baru saja nikah datang pula peluru-peluru kecaman dan doa-doa yang kurang baik buat mereka.

Namun, paling menarik perhatian Diva apabila sebaliknya berlaku dalam ruangan komen video-video terbaharu bekas suami Dr. Fie iaitu Nubhan. Semuanya komen positif yang mengatakan, penyanyi itu sudah ambil keputusan tepat untuk bercerai.

Takut sebenarnya baca tetapi semua komen itu seperti beza benar dengan apa yang dihadapi Nubhan sebelum ini, penuh kutukan.
Tapi itulah, setiap perkara memang akan ada hikmahnya cuma buat masa sekarang doakan terbaik untuk Dr. Fie dan rumah tangga yang baru dibina, moga kekal ke syurga.

DIVA: Ada yang kata, Dr. Fie pun tak payah nak ‘show off’ bahagia sangat, banyak hasad memerhati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN